Wednesday, January 9, 2013

teman pengganti

hai..hai...hai....dah lame tak update kan?bukan la bizi sangat tapi xde mood nak update..sbab?gambar xde..sume gambar dlm tab and aku still x reti nk transfer...masih berharap en.syed sudi luangkan mase tuk transfer kan gambar2 tu sume...byk benda aku nk update but most important is about my son 3rd birthday...sgt2 memberi makna yg mendalam this year...nanti la kau cite...bile dah de pic nanti ek...so rini update sal song terbaru yg aku suka..chewah....padahal AJL dah abih dah...tapi aku suke lagu black ni...really hope die yg menang ritu tapi nak wat camne...xde rezeki...so aku tepek lagu jer la ek...


TEMAN PENGGANTI 

(Black ft Malique)



Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama



Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka



Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah



*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami



Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna



Ulang *



Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri



Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti



Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari pengganti


aku suke lagu sejak2 promo AJL aritu..kan asyik ulang jer kt tv,otomatik asyik ulang juga kt mulut aku nih...and asyik jugak la aku dok tanye kat en.syed,merdu x suara aku...harapkan pujian tapi nan ado....muahahaha....

~moonchild the singer~

0 comments:

 

MOONCHILDLIFE. Design By: SkinCorner