Friday, March 22, 2013

DI Garisan Permulaan Semula...

Alhamdulillah, malam tadi dapat tido dengan lena skali..setelah beberapa mlm, aku tak boleh tido kini aku sangat menghargai nikmat tido...pagi ini bangun dengan mood baru, cergas dan selesa...

Setelah puas berfikir, membuat andaian, menimbang baik dan buruk, kesan dan akibat serta mengenang segala yang telah berlaku dan segala yang mungkin berlaku akhirnya aku membuat satu keputusan..

Aku memutuskan untuk bermula semula..ya! bermula semula dari garisan permulaan..letih? sudah tentu...hidup ini ibarat satu perlumbaan..kita semua berusaha berlari untuk tiba ke garisan penamat...di mana garisan penamatnya wallahualam...bergantung kepada rezeki masing-masing..ada yang panjang umo dan ada yang tidak..ada yang sempat bercucu-cicit, dan ada juga yang even tak sempat pun nak bergelar isteri...semuanya sudah tercatat tapi disembunyikan dari kita kerana sesungguhnya Allah saja yang tahu apa yang terbaik buat kita...tapi yang pasti kita semua berazam untuk memperoleh pingat kejayaan di penghujung garisan...definisi kejayaan juga berbeza bagi setiap orang kan? kini aku berenti di tengah jalan dan....

dan aku memutuskan untuk bermula semula di garisan permulaan? ya, tepat sekali...pelik?tak percaya?percayalah...walaupun mungkin aku akan sedikit ketinggalan berbanding yang lain, tapi aku yakin ianya masih belum terlambat, bukan? Lelah yang pernah dijalani dulu untuk mencapai apa yang aku ada pada hari ini akan aku jadi kan pendorong untuk aku terus berusaha...dulu, aku pernah berjaya mengharungi semua kepayahan demi sebuah kebahagian, jadi kenapa kini tidak? boleh..pasti boleh..aku yakin aku pasti boleh melakukan nya semula...apalah sangat tempoh 7 tahun yang telah aku laburkan itu berbanding berpuluh tahun dihadapan yang bakal aku jalani kelak.(in shaa Allah klu panjang umo)

Ku tarik nafas sedalam yang mungkin dan menghembusnya perlahan...aku perlu kuat dan tabah demi impian aku yang satu iaitu hidup bahagia dan penuh kasih sayang bersama suami dan anak-anak kami...kecil saja impian aku tapi bukan mudah untuk mencapainya..sudah pasti jalan yang terbentang akan penuh onak dan duri namun aku akan gagahi juga dengan harapan en.syed akan sentiasa ada menjadi tempat untuk aku berpaut dan melepaskan lelah...aku tidak tega menjalani kehidupan ini tanpa dia mahupun tanpa anak-anak. 

En.syed adalah nyawa ku..separuh dari jiwaku adalah dia...dan anak2 adalah nadi ku...mana mungkin aku bisa meneruskan langkah tanpa kalian...

Maka dengan itu, aku nekad memulakan sekali lagi...segala pahit getir yang telah kutelan, akan ku anggap ibarat ubat yang akan menyembuhkan luka di hati...segala manis yang pernah kuhirup, akan ku jadikan sumber inspirasi bagi merangsang kekuatan rohani dan jasmani...Aku juga berdoa semoga perjalanan aku kelak akan diberkati dan dirahmati..semoga perjalanan kali ini lebih lancar dan aku tak perlu lagi berenti di tengah jalan kelak..kerana andai itu terjadi lagi, aku rasa saat itu aku suda tidak punya kudrat untuk bermula sekali lagi..mungkin masa juga sudah terlalu suntuk untuk aku kala itu..maka ku pohon doa restu dari kalian semua agar perjalanan aku kali ini lebih mudah dan lebih lancar...

Buat en.syed, i love u so much...and for my beloved sons, trust me..whatever decision i make i'll try my best juz to make sure both of you happy...May Allah bless us always and forever..amin...


wish me luck, ok!










~moonchild will struggle till the last~


1 comments:

mama lynn said...

dear, akak pun sama macam awk. da masuk skim pencen ni .... tp tu la memandangkan akak lebih sygkan keluarga, ni tgh mcari kerja sesuai kat Kulim. x kisah la keje ape janji dapat duduk ngan suami. x tertanggung dah keperitan 2 thn berjauhan. byk sgt dugaan yg kami terima

 

MOONCHILDLIFE. Design By: SkinCorner