Wednesday, March 6, 2013

haihhh..la haihhh...

haihhh..la haihhh...macam-macam perangai manusia kan..kejadian di pagi hari,di bilik Magistret..eceh...


knock..knock..knock...

aku: masuk.

lantas, dua orang anak muda masuk bilik aku sambil menyorong kerusi roda yang diduduki seorang nenek tua...

aku: ada apa encik...

encik 1: nak sign la.sign pindah milik tanah.. ( nada sedikit angkuh...huhu)

aku: assalamualikum makcik..makcik nak bagi tanah ke sapa hari ni?( berusaha memaniskan muka pada makcik )

encik 2: kepada anak la. dan kemudian disahut oleh,

encik 1: tak payah tanya-tanya la...dia bukan dengar pun..( nada tinggi siap dengan bulat-bulatkan mata dia )

aku: ( wat muka tak heran dgn mata bulat die ) lalu bersuara, "ooo, kalau tak dengar tak boleh la makcik  sign kalau camtu. ( dalam hati berkata-kata.."padan muka ko..muahaha..gelak syaiton disitu )

encik 1 dan encik 2: terus rebut2 nak cakap, "eh, boleh..boleh dengar...tapi kena cakap kuat-kuat la sikit"
( dan baru terhegeh-hegeh nak maniskan muka kat aku )

aku: saya kena tanya pada tuan tanah ek.selain daripada tuan tanah, diharap jangan menyampuk. sebab saya kena pastikan tuan tanah faham dan tahu serta rela hati untuk tandatangan pada hari ini.

encik 1: baik puan..(eceh muka terus jadi macam muka anak yang taat kepada ibubapa lagaknye..huhu)

maka, sesi soal jawab pun berlangsung dengan aman. makcik hanya kurang dengar ( aku hanya kena kuatkan suara,tapi idak le sampai kena menjerit pun ) kerana telah berusia ( maklumla lahir tahun 1923 ) tapi makcik masih boleh faham dan jawab dengan baik.

*** begitu la al kisah nye kejadian pagi tadi...kalau ikutkan macam2 perangai lagi aku penah jumpa, tapi aku malas nak taip...muahaha...abih kuat aku bergosip dengan staff atau paksa en.syed dengar luahan rasa aku..hehe..



>>moonchild the magistret <<




0 comments:

 

MOONCHILDLIFE. Design By: SkinCorner