ABANG....suatu gelaran yang tinggi darjatnya buat mu seorang...teramat istimewa buat seorang lelaki bernama suami yang mempunyai tempat teratas dalam hati saya.....
ABANG...terima kasih kerana menyokong perjalanan kerjaya saya sepanjang masa ini..terima kasih jua kerana mengizinkan saya pergi kursus kali ni..kursus yang pastinya menuntut sejuta pengorbanan dan pengampunan dari mu yang bergelar suami...kerana sepanjang tempoh ni akan terabai segala tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak mu...terlalu banyak perkara yang akan bergantung sepenuhnya di bahu mu dan pastinya tido malam mu tidak lagi selena sebelum ini....
ABANG....satu yang saya pinta, jagalah anak-anak dengan baik..berikan kasih sayang dan tumpuan sepenuhnya agar mereka tidak terasa akan ketiadaan saya nanti...hilangkanlah kerinduan mereka dengan aktiviti-aktiviti manis bersama mu kelak...semoga Allah mempermudahkan segalanya dan melindungi kalian semua sepanjang tempoh ini...
ABANG...dengan rendah diri, saya pohon jagalah hati abang sebaik nya dalam tempoh ini..semoga abang kuat menentang dugaan dan godaan yang mungkin mendatang kelak..hasutan syaitan mahupun bisikan iblis yang sentiasa ingin meruntuhkan masjid yang kita ada ini...saya janji, In Shaa Allah sepanjang saya berkursus nanti, akan saya jaga akhlak dan batasan saya sebagai seorang isteri abang..maruah abang akan saya jaga sebaik yang mungkin walaupun abang tiada di sisi..akan sentiasa saya ingat segala kelebihan dan pengorbanan abang pada saya selama ini..dan pastinya tiada siapa akan mampu menandingi kehebatan abang di dalam hati saya...
ABANG...terima kasih atas segalanya...saya cinta abang sepenuh hati...
ABANG...semoga Allah swt sentiasa memberkati rumahtangga kita. Semoga ikatan cinta dan kasih sayang kita semakin kembang mengharum hingga ke akhir hayat..Semoga segala pengorbanan ini berbaloi demi masa depan kita bersama dan semoga bahagia itu kekal milik kita hingga ke akhirat kelak..i love u so much and i will miss u like crazy..mmuahhhh......
Syed Abdul Halim Hilmy
~MY MAN~
~belong to each other~
with our eldest son
with our youngest son
~our small family~
~may this happiness last forever~
BABY CINTA ABANG
>>wifey moonchild <<
0 comments:
Post a Comment