Abang sayang,
tak lame lagi ibu kena gi kursus...jauh sangat kat kedah...kursus tu sangat padat hingga ibu tak dibenarkan balik untuk jengok anak-anak ibu...lama plak tu..6 bulan sayang...banyak aktiviti yang kita selalu buat sesama, ibu tak dapat nak buat dalam tempoh 6 bulan ni...banyak cerita-cerita abang yang abang nak bagitau kat ibu, ibu tak dapat nak dengar sepenuhnya hari-hari...tak dapat dah nak nyanyi sama-sama..nak main kat playground sama-sama..nak main lawan-lawan,main injit-injit semut, golek-golek telur pecah,mak-mak pegi pasar tu sume takleh dah ibu nak main dengan abang selalu...nak ajar abang baca buku, wat logico atau main kaler-kaler pun dah tak dapat dah nanti....banyak sangat benda yang ibu tak dapat buat untuk abang dalam tempoh ni..abang marah ibu tak? maafkan ibu ek sayang...ibu terpaksa pergi kursus ni...diwajibkan..semuanya ibu buat demi abang dan adik...in shaa Allah masa 6 bulan akan berlalu dengan cepat.semoga sepanjang ketiadaan ibu, abang baik-baik sahaja..tetap jadi anak ibu yang good boy dan ensem sekali...ibu harap abang akan dengar cakap ayah dan maklong selalu..abang kena jaga adik ek sayang.jangan gado-gado dengan adik tau..main sama-sama...tak mo rebut-rebut dengan adik..kena sayang adik selalu ek...abang jangan lupa ibu tau...ibu akan telefon abang hari-hari in shaa Allah..ade peluang, ibu balik peluk cium anak2 ibu...ade masa, abang datang la jengok ibu plak ek...bawak adik sekali...ibu pasti akan merindui abang selalu...gelak tawa abang,rajuk abang serta peluk cium abang kan sentiasa di ingatan ibu..ibu pasti rindu nak wat susu abang..mandikan abang...siapkan abang jadi ensem-ensem dan wangi sekali..hehe...abang, ibu sayang abang sangat-sangat...abang, anak sulung ibu yang diberi nama hariz hilmy..bermaksug pelindung yang lemah-lembut..sepanjang ketiadaan ibu, abang jaga adik dan ayah ek..jaga diri abang baik-baik jugak..belajar rajin-rajin dan jadi good boy selalu tau...andai kata,apa-apa jadi kat ibu, abang ingatlah yang kasih ibu buat abang tiada batasan nya..ibu sayang abang sepenuh hati ibu dan ibu doakan abang berjaya di dunia dan di akhirat kelak..maafkan segala kekurangan ibu sepanjang hayat ibu bersama abang dalam membesarkan abang...maafkanlah jugak kerana sepanjang tempoh ibu berkursus ini,ibu tak dapat nak jalankan tanggungjawab ibu pada abang sepenuhnya...semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati hidup abang selalu..amin..ibu sayang abang...sayang sangat-sangat...mmuahhhh....
~syed muhammad hariz hilmy~
anak sulung kesayangan ibu
suka-suki time..hehe
`you and me`
~Gonna miss u so much dear~
"IBU SAYANG ABANG"
>mommy moonchild<
0 comments:
Post a Comment