Wednesday, May 15, 2013

surat cinta buat Haziq Hilmy

Adik sayang,

anak manja ibu yang tomei-tomei tekali...hehe...hadirnya adik dalam keluarga kite amat dinanti sedari awal lagi..walaupun dugaan melanda ketika adik masih dalam kandungan,namun adik anak ibu yang kuat,tetap tabah menemani ibu hingga ke saat ini...lahirnya adik pada 1 syawal 1434 hijrah merupakan hikmah yang tiada terduga...kelahiran adik memberi sinar dan peluang buat ibu untuk kembali merasa bahagia setelah ujian hebat dari Yang Maha Esa...rezeki adik melimpah pada ayah bila mana ayah dapat bertukar ke ipoh dan dapat sambung study..sesungguhnya segala yang berlaku pasti ada hikmahnya....walaupun ibu tak dapat tukar, namun adik tetap setia menemani ibu di sisi...tak pernah sehari pun adik berenggang dari ibu..tiap malam lena mu,pasti ditemani ibu di sisi...beratnya hati ibu nak pergi kursus kali ni..buat pertama kali kita kan berjauhan..buat pertama kali juga,adik kan tido tanpa ibu dodoikan...mampukah kita?Ya Allah, berikan kekuatan kepada kami untuk melalui ujianMu ini...adik anak ibu yang sangat baik dan tak banyak ragam..mudah sungguh untuk membesarkan adik..adik jarang sangat meragam atau menangis..adik mudah dipujuk dan sangat aktif...ibu senang hati dalam membesarkan adik...adik slalu menjadi penyejuk hati ibu di kala ibu kesedihan atau kerungsingan....

Adik sayang,

Maafkan ibu kerana terpaksa meninggalkan adik untuk suatu tempoh yang panjang..di kala usia adik baru menginjak ke 9 bulan, ibu terpaksa pergi kursus ini demi masa depan keluarga kita..pasti banyak detik-detik pertama yang adik lalui,ibu tiada di sisi untuk sama-sama menyaksikan nya...tak dapat ibu lihat langkah pertama adik, sebutan pertama adik atau mungkin gigi pertama adik pun ibu tak berpeluang untuk lihat...sedihnya hati ibu hanya Allah yang tahu...maafkan ibu sayang..ibu betul-betul minta maaf..ibu tahu ini adalah masa-masa yang amat penting dalam hidup adik,sudah semestinya ibu wajib menemani adik..tapi...ibu tak boleh sayang...maafkan ibu...semoga Allah sentiasa melindungi adik dan mempermudahkan segalanya tentang adik...ibu pastikan merindui gelak tawa dan tangisan adik...pandangan mata adik yang inginkan perhatian dari ibu,pasti terbias di mata ibu selalu..akan terniang-niang suara kecik adik yang merengek memanggil ibu tiap kali adik terjaga dari tido...keletah adik yang rajin mengusik abang juga akan ibu rindui selalu...

Adik sayang,
nama haziq yang diberi bermaksud bijak...ibu pasti adik bijak menilai dan boleh menerima pemergian ibu kali ini...semoga 6 bulan akan berlalu dengan cepat..semoga adik terus membesar dan sentiasa sihat,ceria serta aktif walaupun ibu tiada di samping adik dalam tempoh ini...andai kata ada apa-apa terjadi pada ibu, ibu tetap berharap kenangan kita bersama masih tersimpan jauh di sudut hati adik...ibu nak adik tahu yang ibu sayang adik sangat-sangat..ibu berbangga dengan kelahiran adik dan ibu bertuah kerana memilikmu wahai anakku yang baik dan manja...semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati hidup adik selalu...amin...ibu sayang adik sangat-sangat...peluk cium ketat-ketat buat adik yang ucuk acam pengarang jantung ibu..mmuahhhhh..........


~Syed Muhammad Haziq Hilmy~


anak manja ibu yang comei sekali


Sehati sejiwa


 ~mommy n sons moment~


~ membesar la bagai juara ~ juara hati ibumu ~


 i'll be missing you like crazy my dear...mmuahhh



"IBU SAYANG ADIK"




>mommy moonchild<





0 comments:

 

MOONCHILDLIFE. Design By: SkinCorner